HANGZHOU: Hari pertama Sukan Para Asia 2022 menyaksikan kontinjen negara beraksi cemerlang apabila meraih satu emas, dua perak dan tiga gangsa.
Pingat pertama negara muncul daripada atlet renang Muhammad Nur Syaiful Zulkafli yang menghadiahkan emas dalam acara 100 meter (m) kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal) pada aksi di Arena Sukan Akuatik di sini hari ini.
Seorang lagi wakil negara Zy Lee Kher mengiringi kejayaan emas Nur Syaiful itu dengan meraih gangsa.
Bagaimanapun, Nur Syaiful gagal dalam cubaannya mempertahankan emas 50m gaya bebas lelaki SB5 (kecacatan fizikal) yang dimenangi pada edisi 2018 di Jakarta, apabila acara itu didominasi tiga wakil tuan rumah China yang menghuni kedudukan podium dan sekadar meletakkan beliau di kedudukan keempat.
Di Velodrom Pusat Sukan Chun' An Jieshou, skuad berbasikal trek turut menceriakan kem Malaysia apabila membawa pulang dua perak.
Perak pertama diraih menerusi acara 4,000m individu kejar-mengejar lelaki B (masalah penglihatan) oleh Mohd Khairul Hazwan Wahab yang dibantu Muhammad Khairul Adha Rasol.
Kuartet Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Zuhairie Ahmad Tarmizi, Muhammad Hafiz Jamali dan Muhammad Adi Raimie Amizazahan meraih perak kedua dalam acara 750m pecut campuran berpasukan C1-C5 (kecacatan anggota)
Malaysia turut meraih gangsa dalam acara 3,000m individu kejar-mengejar wanita B (masalah penglihatan) menerusi Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais yang dibantu Nurul Suhada Zainal.
Di Stadium Pusat Sukan Huang Long, atlet lontar peluru wanita Noor Imanina Idris muncul individu pertama menyumbang pingat bagi kem olahraga selepas meraih gangsa dalam acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual).
Tumpuan kontinjen negara esok, terarah pada kem olahraga untuk membutirkan sekurang-kurangnya tiga pingat emas menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru lelaki F20 - kecacatan intelektual), Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh T20 - kecacatan intelektual) dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m lelaki T36 - kecacatan fizikal).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
Muhammad Nur Syaiful (kiri) mendapat pingat emas pertama negara meraikan kejayaan bersama Zy Lee Ker yang mendapat pingat gangsa dalam acara 100 meter Kuak dada lelaki SB4 pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 malam ini. - Gambar Bernama
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
PM sifatkan Isreal sebagai kolonial apartheid
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan Israel sebagai sebuah kolonial apartheid kerana melakukan jenayah kemanusian ke atas rakyat Palestin.
Starlink sudah tiba di Indonesia
Bilionair yang juga pemilik SpaceX optimis dengan inovasi perkhidmatan jalur lebar dengan teknologi satelit Starlink yang dicipta syarikatnya mampu memberi capaian internet yang meluas khusus sekali di kawasan-kawasan pedalaman Indonesia. Beliau yang juga merupakan pemilik jenama kenderaan elektrik terkemuka, Tesla dan laman sensasi 'X' kini berada di pulau pelancongan, Bali untuk melancarkan sistem khidmat itu yang turut memberi impak besar kepada sektor kesihatan negara berkepulauan terbesar di dunia itu.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
APG 2022: Permulaan positif kontinjen negara, raih enam pingat di hari pertama
Hari pertama Sukan Para Asia 2022 menyaksikan kontinjen negara beraksi cemerlang apabila meraih satu emas, dua perak dan tiga gangsa.
Skuad berbasikal trek mahu capai kemuncak prestasi di Tokyo
Pada masa ini, pelumba negara menyertai beberapa siri perlumbaan Grand Prix (GP) dan Kelas 1 di Eropah sebagai medan pemanas badan serta menguji taktik perlumbaan.